Amy Adams
Amy Adams

Amy Adams

Amy Lou Adams (lahir Ogos 20, 1974)[1] ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Adams memulakan kariernya dalam pementasan dan kemudiannya membuat penampilan filem pertamanya dalam Drop Dead Gorgeous. Selepas berpindah ke Los Angeles dan membuat penampilan tetamu dalam siri televisyen serta peranan dalam filem B, Adams muncul sebagai Brenda Strong dalam Catch Me If You Can. Beliau mempunyai peranan dalam filem 2005, Junebug dimana beliau mendapat pujian kritis dan pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Pada tahun 2007, Adams membintangi filem muzikal animasi Disney, Enchanted. Beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Akademi dan pencalonan pertama Anugerah BAFTA untuk peranannya dalam filem 2008, Doubt.Adams menerima dua lagi pencalonan Golden Globe, BAFTA dan Anugerah Akademi untuk peranannya dalam filem 2010, The Fighter dan filem 2012, The Master. Beliau terus mencapai kejayaan pada tahun 2013 dengan lakonan dalam Man of Steel, Her dan dalam American Hustle.

Amy Adams

Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Pasangan Darren Le Gallo (k. 2015)
Anak 1
Tahun aktif 1995–sekarang
Warganegara Amerika Syarikat
Kelahiran Amy Lou Adams
(1974-08-20) 20 Ogos 1974 (umur 45)
Vicenza, Veneto, Itali

Rujukan

WikiPedia: Amy Adams http://movies.about.com/od/awards/a/sundance012905... http://www.biography.com/people/amy-adams-20883223 http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=enchanted.... http://www.chromiumhook.com/credits.htm http://collider.com/amy-adams-interview-leap-year/ http://collider.com/love-and-distrust-movie-poster... http://www.empireonline.com/news/story.asp?NID=446... http://www.ew.com/article/2009/05/22/night-museum-... http://www.ew.com/ew/article/0,,271267,00.html http://books.google.com/books?id=Fp8STjflOuUC&pg=P...